TIPS BAKAL PENGANTIN

Bagaimana memilih jurugambar perkahwinan anda?

1. Fahami kehendak “end product” anda. Bagaimana hasil gambar yang anda inginkan adalah penting kerana setiap hasil seni jurugambar adalah berlainan. Anda dinasihatkan supaya ‘browse’ cara fotografi yang anda minat secara online mahupun konvensional.

2. Senaraikan jurufoto yang telah anda ‘browse’ mengikut kehendak dan ‘recommendation'(bakal suami, rakan-rakan, keluarga) anda dan bandingkan pilihan tersebut.

3. Setelah anda melakukan senarai akhir, aturkan temu janji atau berhubung secara terus dengan jurufoto tersebut tidak mengira melalui telefon, email, skype, whatsapp atau pun media sosial.

4. Berhubung dengan lebih dari 1 jurufoto untuk perbandingan harga dan material yang terbaik.

5. Sekiranya jurufoto tersebut memerlukan temujanji,anda hendaklah mengaturkannya kerana kebiasaanya jurufoto professional tidak akan menyatakan harga perkhidmatan mereka di dalam laman sesawang. Ada juga jurufoto professional yang meletakkan harga asas semata-mata untuk pelanggan membuat pilihan.

6. Berikan butiran penting seperti;- (Tarikh Akad Nikah, Tarikh Sanding, Tempat Majlis Sanding Pihak Perempuan/Lelaki, Bajet, Pakej Yang Diinginkan) untuk memudahkan jurufoto tersebut menyemak jadual mereka.

7. Kebiasaanya Jurufoto akan mengeluarkan harga pakej berdasarkan maklumat yang diberi oleh anda.

8. Semak kembali apa yang jurufoto tersebut tawarkan di dalam pakej mereka.

9. Buat pilihan berdasarkan bajet dan pakej yang disediakan.

10. Bayar deposit secepat mungkin setelah anda bersetuju dengan pakej tersebut mengikut kadar yang dipersetujui bersama. Kebanyakkan jufurufoto menggunakan terma “siapa cepat dia dapat”.

11. Jika anda memilih jurufoto professional untuk merakam kenangan indah anda, InsyAllah mereka akan buat lebih dari apa yang anda sangka!

Semoga tips yang diberikan mendapat manfaat bersama. Tahniah kepada bakal pengantin.